Khamis, November 26, 2009

Tajuk Berpujuk

Bagai cermin mengajuk muka,
Tiru yang baik biar berpada,
Andai amin menampuk duka,
Solat sembahyang jangan dilupa.

Melempar guli merata paku,
Saka berlumba pujuk disayang,
Mencemar duli takhta Tuanku,
Derhaka hamba terang-terangan.

Cuit bahu menumpang lalu,
Laluan pintu jangan dihalang,
Bait lagu gendang ditalu,
Sembah ratu tangan bergelang.

Tertusuk duri bengkakkan tumit,
Melintang tulang di rawan tekak,
Merasuk diri sangkakkan rumit,
Datang hulubalang berlawan cekak.

Reza Mohamed,
29 April 2009
6.48pm

1 ulasan:

puteri_cekak berkata...

saya kurang paham tp..saya hairan kenapa perlu ada pendusta cekak