Isnin, September 29, 2008

Rijalul-Ghaib

Duduk termanggu Siluman Kera,
Sila Temenggung petah berzanji,
Harap tak ganggu ruangan udara,
Datang bertanggung menuntut janji.

Gelisah Puteri dibalik tirai,
Menunggu jawap kasih Panglima,
Diasah gari minta bercerai,
Bertungku asap kalau bersama.

Pinjam cawan janji dicagar,
Undang tak luruh tak dapat diacah,
Hukum Tuhan jangan dilanggar,
Bukti kukuh mukjizat senaskah.

Keris karat buat hantaran,
Limau jeruk berkacau kapur,
Hormat syarat tinggal berkawan,
Jangan terketuk harimau yang tidur.

Tanam buah berniat wakaf,
Rezeki buat berjasad dan tidak,
Kalau salah bertindak maaf,
Buang hasad, domba dan riak.

Dilibas rotan tersangkut tajwid,
Merangkak tarannum cukupkan harakat,
Kelaku rentan bahu dicuit,
Jangan disangkak digigit disakat.

Rijalul-ghaib datang menegur,
Diluar penjan ada bisikan,
Hidup ini telah diatur,
Berwaspada fitnah si syaitan!

Reza Mohamed
29092008

2 ulasan:

puteri_cekak berkata...

saya sungguh tidk mengerti..disbbkan cekak pendusta ker?

Tok Anjang Itam berkata...

apa yang dimengertikan oleh puteri tentang cekak pendusta?